Sunday, November 28, 2010

Kenali keluarga kecilku;

Salam Pengenalan buat mereka yang mengenali ku. Inilah keluarga ku. Ketika ini kami melancung ke Kuala Trengganu. Berlatar belakangkan Masjid Kristal. Sempat aku mendirikan solat tahiyatul masjid di dalam masjid ini.

Masyaallah, sungguh kebijaksanaan itu anugerah dari Allah. Jika bukan izin dari-Nya jua, ilmu dan cara tidak akan sampai pada pengetahuan manusia untuk membina masjid seindah ini. Subhanallah.

Dari kanan: Angah, aku, Mak, Abang dan adik

Inilah pertama kali kami dapat berjalan bersama setelah sekian lama kami hidup berasingan. Hidup kami sentiasa erat walaupun sebuk dengan tugasan masing-masing.

Sujud syukur

Hadith Nabi

Dari Abu Bakar r.a bahawa “Nabi Muhammad SAW biasanya apabila menerima berita yang mengembirakan baginda terus sujud kepada Allah.” (Riwayat Ahmad)

Huraian1. Apabila mendapat sesuatu nikmat yang meliputi sebarang perkara yang baik dan mengembirakan sunat kita melakukan sujud syukur.
2. Sujud ini juga sunat dikerjakan apabila kita melihat sesuatu bala bencana dan kita diselamatkan daripadanya.
3. Cara melakukan sujud syukur itu ialah dengan sujud sekali sahaja dan dilakukan di luar sembahyang.